Hukum
mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-Quran
dengan bertajwid adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.
Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:
1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu ‘ain.
2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memeliharakeseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid.
Dalam segi
bahasa, Tajwid bermakna mengelokkan dan membaguskan sesuatu.
Sedangkan
menurut istilah, Tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan
mengenaimakhraj huruf (tempat keluar huruf), sifat-sifatnya, kadarpanjang pendek
bacaan serta perkara-perkara lain yang adakaitan dengan cara bacaan ayat
al-Quran.
Tujuan
Tajwid ialah memelihara bacaan Al-Qur’an dari kesalahan dan perubahan serta
memelihara lisan (lidah) dari kesalahan membaca.
Catatan ;
· “Bacalah al-Quran, maka
sesungguhnya
dia akan datang
pada hari
kiamat sebagai syafaat
kepada
pembacanya.”
[HR. Muslim]