Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut 

Tafkhim( التفخيم )dan( الترقيق )Tarqiq. Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.

Pengertian Tafkhim

Tafkhim(
التفخيم )Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal).
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair(
خص ضغط قظ ).




- Peringkat pertama Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf Alif contohnya:(
قال ).

- Peringkat kedua Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:(
خلقكم ).

- Peringkat ketiga Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:(
يقول ).

- Peringkat keempat Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:(
إقرأ ).
 
- Peringkat kelima Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( قيل ).

Catatan ;

Bacalah al-Quran, maka
sesungguhnya dia akan datang
pada hari kiamat sebagai syafaat
kepada pembacanya.”
[HR. Muslim]

0 comments :

Post a Comment